Sunday, 16 June 2013

Mahu Update



Aku fikir manusia-manusia di dalam fb(facebook) sudah gila
semua benda dicerita.
kenapa gila? kan tak salah.
tapi masalah ni masalah rumahtangga, masalah peribadi keluarga
berlagak, kau je ada orang lain xde ape. kecohnya kau.
gaduh menyindir. tak apa. asal faham faham sendiri. aku pon buat. sakit ati kat org
fb jadi mangsa.
kalau jadi tunang aku. memang kaki terus terang. sape buat hal bincang depan-depan.
selalu jugak aku kena sindir.

penggunaan bahasa tu. yang aku kata gila.
yang  caci makian di hiperbola kan. macam x best je nak baca.
aku malas taip kata-kata makian yang melampau
macam aku, maki orang dan maki benda jugak
sapa kata aku x maki.
tapi x hiperbola.entahlah
mungkin beza cara didikan mak bapak. which mean. ko pandai-pandai klasifikasi kata-kata dalam skop makian apa.
 ada orang kata samakan orang tu ngan binatang babi adalah biasa
ada orang rasa ish teruknya cakap camtu
apatah lagi sial, betina sundal, biawak komodo dan lain-lain yang sekapal.

aku update juga. merepek juga dalam wall aku sendiri
belum lagi membabikan orang terus kepada wall orang tu ataupun wall sendiri.
aku respek jugak la kadang2
kau memang berani post macam tu kt orang lain.
aku pulak tak.
 tapi kau rasa kau bagus ke?

 aku ingat fb mmg da berjaya la.
melagakan manusia yang suka berlaga.
x senang duduk kalau x cari pasal.
sampai bebila kau takkan bahagia

yang mana gunakan medium tu dengan baik. maka baiklah.
bukan setakat baik.
malah banyak manfaat.
 dengarnya dapat pahala.

Allahualam.