Tuesday, 27 November 2012

Kembali Terjalin

Masih ingahkah anda pada entri entri sedih pada bulan April yang lalu?=_="

Its mean a lot to me. Lalu aku titip kan pada kalian. Untuk meluahkan apa yang aku rasa. Hampa kesal dan amarah. Semua nya ada di benak. Pelbagai perasaan wujud ketika itu. Down. Down. Down.

Anyway it was my PAST TIME! aku ulangi. it was my past time!


NOW

KEMBALI TERJALIN (macam lagu zamani kan?? nyanyi time karaoke memang sgt merdu suaraku =D

Keadaan kembali seperti sediakala. Malah. Bertambah baik dan aku bakal menjadi a part of his life soon.

MACAM TAK PERCAYA. berpisah dan kembali terjalin.

Semudah itu aku maafkan. Kerana apa? Kerana cinta. Betul la apa yang orang selalu kata. Cinta seorang perempuan itu terlalu mendalam sampaikan kesalahan yang besar dapat di maafkan asalkan betul betul ikhlas.

Mujur, aku seorang yang mudah memaafkan dan melupakan seterusnya berfikir kehadapan. Aku anggap semuanya ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah... Lebih tenang dan kegembiraan aku berganda-ganda sekarang ini.

Kronologi Cinta

Bulan Ramadhan yang lalu cinta aku dan dia berputik kembali. Setelah 4 bulan kami berpisah tanpa sebarang berita dan juga atas kekecewaan yang begitu menusuk ke jantung hati aku ni... Aku dan dia membawa diri. (eh perlu ke dia membawa diri) sedangkaaaannn eh jangan ungkit ungkit ye..... =D hehe. Hati aku semakin terubat dek masa yang berlalu. Tak nak terlalu memikirkan dan mahu lebih positif dalam kehidupan.
Akhirnya, satu panggilan telefon merubah segalanya. Aku dan dia berbual seperti biasa. Panas jugak la telinga aku ni bergayut lama-lama. Dan masing-masing sedar, aku dan dia memang serasi bersama. Dia meminta aku kembali kepadanya. :))))) senyum banyak2 sampai ke telinga.

Kata-kata jawapan masih belum aku putuskan. Lebih berhati-hati dalam menerima cinta kali ini.
Pandangan keluarga , pandangan kawan-kawan terdekat, juga pandangan dari seorang ahli keluarganya aku hitung kira kan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tak berapa suka pon nak makan pisang. hehe dan aku yakin dengan jawapan aku. YE PASTI

SEMINGGU berlalu. Tidak aku biarkan dia menunggu lama. Sedang hati membuak2 ingin memberitahu bahawasanya aku setuju untuk aku dan dia kembali bersama. :) Sempat aku menguji dan menyatakan bahawa aku tidak mahu kembali. Dia hampa. :'(
(mak aiiiii jiwang gila...ada bakat tulis novel cinta... argh! shut up u. hehehe ) 
Bulan baik aku harapkan berganda hikmahnya. So. aku cakap la. ACAH je. :))))))

Ramadhan berakhir.

Syawal bermula.

Seminggu Raya family si dia datang merisik.

Hubungan semakin erat. Mula mengenali ahli keluarganya.

^_^

Minggu depan aku dan dia akan bertunang. 1/12/2012

Ikatan ini aku harapkan berkekalan. Aku cuma mengharapkan dan mohon yang terbaik.

Doakan ye kawan-kawan.





With love
EL







1 comment:

  1. i'm so jelous...hahahah
    tahniah korang berdua akhirnya..usaha tangga kejayaan kan?? ingat lg kita beli kek and celebrate besday aus sama...

    ReplyDelete