Saturday, 14 April 2012

Mendung

Hello Darling.

 Tajuk entry berkait dengan cuaca kt luar. Takde kena mengena dengan apa yang aku nak tulis. :)

Pagi-pagi lagi aku dah shoot ke Worldwide Bussiness Park kt Shah Alam, Seingat aku, aku tidur sejam je malam tu. Dengan keadaan mengantuk aku gagahkan diri jugak. Sebab aku tak nak biarkan masa aku kosong tanpa di isi dengan sebarang aktiviti. Dalam perjalanan banyak lagu-lagu yang memberi perangsang  dan kekuatan pada aku. Ohh sukanya! Berjoget-joget aku sambil drive. Dalam hati terdetik! Ah! alangkah indahnya perasaan ini. Terasa tersuntik semangat aku kembali. 

Aku nak ucap jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang banyak memberi kata-kata semangat pada aku. Wahhh... aku terasa sangat di hargai. Terima kasih u olsssss! Dari jam 2 pagi sampai lah 6 pagi masih ada yang sudi call tanya kan keadaan aku. Aku terharu weyh! Betul. Aku masih punya kawan-kawan.

Setelah aku tahu yang punca perpisahan kami adalah kerana beliau ada perempuan lain. Aku terkilan, terkedu dan terhina sekali ye kawan-kawan. Aku masih lagi tenang dan boleh menerimanya. Sebab bukan sifat aku nak mengamuk tak tentu pasal. Aku punya aura positif dalam diri aku sendiri yang aku boleh seimbangkan dengan keadaan dan emosi aku. gitewwwww... kau ada?? heee

Tapi.....aku takkan berdendam walaupun tiada sebarang ungkapan maaf aku terima darinya. Aku serahkan pada Tuhan. Well, aku sangat salute pada insan-insan yang teraniaya macam aku dan dapat survive dengan jayanya dalam hidup mereka. Betul aku respect.

Dan di kala ini, terasa berdosa pada insan-insan yang pernah aku sakiti. Walaupun niat aku pergi untuk bersendiri, tetap susah untuk terima. Terasa kejamnya lah diri aku ini. Sekarang aku akan belajar. Belajar untuk menghargai. Aku akui, aku memilih. Tapi memilih dari segi ape? haaaa.. aku je yang tau. Bukan sebab harta atau rupa ye.:p

Herm.. aku da bangun da. Bangun dari mimpi-mimpi dan khayalan aku. 


heeem

jangan la menyampah baca kisah-kisah sedih aku ni 

haha.. sesungguhnya aku tak berniat.

bye!
 


No comments:

Post a Comment