Friday, 24 February 2012

Stress!


Arghh!!!! Diam lah!

Hari ni aku memang tension keje. Walaupun hari ni bos aku cuti tapi dia tetap memberi tekanan kepada aku. Can u imagine?? Kalau sehari suntuk dok call call call tanya keje da siap belum. Everytime and everything dia nk follow up. Tak ke boleh tekanan jiwa aku di buatnya! Tu time dia cuti. Time dia keje. Korang fikir la sendiri. Terkejar-kejar macam tikus! Tikus main kejar2. haha

Yes. I know, itu tanggungjawab aku. But....x semua orang boleh bekerja di situasi begini. Nasib baiklah aku merupakan seorang pekerja yang cekap dan mampu menerima pelbagai tugasan dan arahan dalam satu2 masa.(perasannn.. haha. eh.. kalau tidak aku tak dapat sandang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di tahun pertama aku keje tau) Kire cekap la kan. haha

BUT!!! kadang-kadang ia melangkaui kesabaran aku. Sebagai seorang PA (Personal Assistant) ataupun Setiausaha kepada seorang Profesor Datin Dr. bla bla berpangkat Jusa aku merasa tertekan kerana SIKAP nya yang begitu complicated terhadap benda-benda yang remeh tapi terlalu ambil ringan untuk perkara yang lebih penting. Aku pon tak paham walaupun aku da hampir dua tahun menjadi PA beliau. (cepat-cepat lah tukar bos!)

Arghhh!! (jerit lagi!)
Aku TENSION laaaa!! gila tension ni!

Ada lagi satu hal ni. Bengang aku ngan sesetengah manusia yang tak tau nak cakap baik-baik dengan orang lain. Tak ada langsung ke perasaan hormat. Selama aku bekerja ni, stress2 aku, sebanyak2 keje aku. Aku masih tahu nak menghormati orang lain. Tapi tadi, aku terkena. Erm.. nak komplen banyak pon x boleh. Nasib baik lah aku ni staff sini jugak. Kalau orang luar?? buat malu UKM je. Semoga awak perbaiki lah layanan awk ye Cik Kak... (di akhir perbualan telefon. dengan slumber aku cakp.. "Ui...Very Rude "). pap. Aku letak gagang. Sakit Hati!

Kena keje siang malam baru semua keje ni boleh siap.

Hurm entahla. Kalau ikutkan, da nama bekerja. Dah tentu sampai bila- bila x siap. Tapi bila di tambah dengan tekanan. Boleh mati cepat ow.. Tapi takpela.. Aku harap Tuhan permudahkan urusan aku di dunia ni dari segala hal. Amin Ya Rabbal Alamin.

"Selawat banyak-banyak pegi tenangkan diri"
OK Bai. 

No comments:

Post a Comment