Friday, 24 February 2012

Stress!


Arghh!!!! Diam lah!

Hari ni aku memang tension keje. Walaupun hari ni bos aku cuti tapi dia tetap memberi tekanan kepada aku. Can u imagine?? Kalau sehari suntuk dok call call call tanya keje da siap belum. Everytime and everything dia nk follow up. Tak ke boleh tekanan jiwa aku di buatnya! Tu time dia cuti. Time dia keje. Korang fikir la sendiri. Terkejar-kejar macam tikus! Tikus main kejar2. haha

Yes. I know, itu tanggungjawab aku. But....x semua orang boleh bekerja di situasi begini. Nasib baiklah aku merupakan seorang pekerja yang cekap dan mampu menerima pelbagai tugasan dan arahan dalam satu2 masa.(perasannn.. haha. eh.. kalau tidak aku tak dapat sandang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di tahun pertama aku keje tau) Kire cekap la kan. haha

BUT!!! kadang-kadang ia melangkaui kesabaran aku. Sebagai seorang PA (Personal Assistant) ataupun Setiausaha kepada seorang Profesor Datin Dr. bla bla berpangkat Jusa aku merasa tertekan kerana SIKAP nya yang begitu complicated terhadap benda-benda yang remeh tapi terlalu ambil ringan untuk perkara yang lebih penting. Aku pon tak paham walaupun aku da hampir dua tahun menjadi PA beliau. (cepat-cepat lah tukar bos!)

Arghhh!! (jerit lagi!)
Aku TENSION laaaa!! gila tension ni!

Ada lagi satu hal ni. Bengang aku ngan sesetengah manusia yang tak tau nak cakap baik-baik dengan orang lain. Tak ada langsung ke perasaan hormat. Selama aku bekerja ni, stress2 aku, sebanyak2 keje aku. Aku masih tahu nak menghormati orang lain. Tapi tadi, aku terkena. Erm.. nak komplen banyak pon x boleh. Nasib baik lah aku ni staff sini jugak. Kalau orang luar?? buat malu UKM je. Semoga awak perbaiki lah layanan awk ye Cik Kak... (di akhir perbualan telefon. dengan slumber aku cakp.. "Ui...Very Rude "). pap. Aku letak gagang. Sakit Hati!

Kena keje siang malam baru semua keje ni boleh siap.

Hurm entahla. Kalau ikutkan, da nama bekerja. Dah tentu sampai bila- bila x siap. Tapi bila di tambah dengan tekanan. Boleh mati cepat ow.. Tapi takpela.. Aku harap Tuhan permudahkan urusan aku di dunia ni dari segala hal. Amin Ya Rabbal Alamin.

"Selawat banyak-banyak pegi tenangkan diri"
OK Bai. 

Wednesday, 22 February 2012

Obsesi Kecantikan

Hello Girlssss...

Wanita dan kecantikan memang  tak dapat dipisahkan.
Kecantikan itu pula sesuatu yang subjektif. Kadang-kadang kita tengok orang tu bukan main cantik lagi but sometimes orang lain tengok. Dia akan kata, eh?? aku tengok biasa je.
Well, mungkin fakta itu benar, kecantikan ni subjektif. Tiada definisi yang betul-betul tepat mengenainya.

Haha.. (tetiba ketawa) apehal?? 
Hee.. actually baru je jap tadi keluar pegi jalan-jalan tengok jualan yang berlangsung di Lobi Utama Pusat Perubatan UKM. Tempat aku mencari sesuap nasi. Macam-macam jualan ada. Tapi xde la semeriah Jom Heboh ke Sua Rasa TV9 tu. Most of things yang di jual adalah..... MAKEUP! 

Thanks Mr.Google

DAN....aku lah orang paling ceria sekali membelek makeup2 yang di jual tu semua.
Sempat la membeli sebatang eyeliner dan lip balm. Wakaka. Tu je aku beli?? hehe  Sebab aku kena berjimat cermat sekarang ni. Di usia sebegini adalah sangat2 tidak digalakkan membaziaq.
(Padahal dalam wallet ada RM20 je. Belum cucuk duit lagi la.. haha nasib baik, kalau tak lagi banyak la aku beli :D) 

Sebagai seorang wanita tulen aku mendambakan kulit yang begitu bersih...licin...flawless bak telur yang di kupas kulitnya.. Ecehhh... Tapi aku bukan di kalangan makhluk Tuhan yang  bertuah mendapat kulit sebegitu sejak dari azali.  So that, aku terpaksa la mengeluarkan belanja untuk mendapatkan kulit yang mcm aku dambakan td tu la. Hehe..
 Pelbagai cara, pelbagai produk di gunakan. 
Malangnya.. aku cepat jemu. hanya excited seminggu lepas beli, lepas tu... haram x pakai. kalau hilang pon aku x berapa nak sedar. haha...  Sudahnya aku membazir. 

Tapi tu la perempuan, memang bernafsu bab bab kecantikan ni. Kadang-kadang muka da cukup cantik dah. Tapi nak lagi cantik. Terlalu obses. Tu yang sampai buat plastic surgery tu. Cucuk-cucuk (ini aku xleh bla, tengok jarum pon aku da takot apetah lagi nak di halakan ke muka..) Erm. bagi aku tak salah kalau nak kelihatan cantik. Tapi jangan la terlalu obses. Sampai sanggup buat macam kat bawah ni. heeii... 

Cucuk banyak-banyak! Adoi x sanggup den.

Mana nak ubah?? Cakap! Seramnya.... Huhu

Sekarang ni macam-macam supplement untuk kecantikan ada. Pil. Senang. Telan je. Aku akan mencuba juga. (Tak Sabar! haha) Tapi uolss kena pastikan la yang pil-pil tu semua selamat di makan.Remember That!! Pesanan dari khidmat masyarakat. (apekah??)

BACK TO BASIC

Paling penting nak cantik kan aku rasa.. kebersihan. Rajin-rajin la cuci muka. Kalau nak muka cantik tapi malas nak cuci pon tak guna. Pakai la ape pon, kalau makeup setebal 1 inch malas nk bersihkan. Masalah besar tu. 

Cuci jangan x cuci
 

Well, kecantikan luaran bukan segalanya2 sebab ada orang tak kisah pun tentang tu. Yang paling penting kecantikan hati. Ada eh kecantikan hati?? hehe I mean, baik budi bahasa, xde sifat dengki mendengki, negatif dan yang baik-baik je. Baru la ramai yang nak kat awak! :) Heee daaaa 

Menjaga Kecantikan Itu Perlu Tapi Jangan Terlalu Obses ^_^

Monday, 20 February 2012

Dunia Tanpa Sempadan

Bila aku mula berdiam. 
Aku mula memendam. (ada ke perkataan memendam) hehe
Bila aku memendam apa yg aku rasa.
Aku merasa sakit.
Aku merasa sunyi. 
Aku boleh refer Psikiatri. lalala (macam gila) 
Aku perlukan medium. 
Medium untuk meluahkan.
Since i hav nobody. (to share wif)
Except my family.
Aku memerlukan medium (yess...aku ulang sekali lagi. haha)
Aku memilih dunia ini.
DUNIA TANPA SEMPADAN
Kalau medium ini digunakan untuk yang baik.
Akan jadi baik lah.
Kalau sebaliknya?? Jadi x baik lah. kan?? 
So here i am. 
Menjadi salah seorang blogger antara ribuan...jutaan dan mungkin bilioooonnnann blogger di seantero dunia. 

Well, so i guess i hav to say Hello to all bloggers out there since this is my first entry.
Salam Perkenalan ya! hehe
 

Mr.Worldwide. Tetibe. Haha... Dunia Tanpa Sempadan la sangat.. 

Aku pon xtau la entry ni ada kaitan tak ngn tajuknya tu. Hehe
Ok la... Bubye!