Sunday, 16 June 2013

Mahu Update



Aku fikir manusia-manusia di dalam fb(facebook) sudah gila
semua benda dicerita.
kenapa gila? kan tak salah.
tapi masalah ni masalah rumahtangga, masalah peribadi keluarga
berlagak, kau je ada orang lain xde ape. kecohnya kau.
gaduh menyindir. tak apa. asal faham faham sendiri. aku pon buat. sakit ati kat org
fb jadi mangsa.
kalau jadi tunang aku. memang kaki terus terang. sape buat hal bincang depan-depan.
selalu jugak aku kena sindir.

penggunaan bahasa tu. yang aku kata gila.
yang  caci makian di hiperbola kan. macam x best je nak baca.
aku malas taip kata-kata makian yang melampau
macam aku, maki orang dan maki benda jugak
sapa kata aku x maki.
tapi x hiperbola.entahlah
mungkin beza cara didikan mak bapak. which mean. ko pandai-pandai klasifikasi kata-kata dalam skop makian apa.
 ada orang kata samakan orang tu ngan binatang babi adalah biasa
ada orang rasa ish teruknya cakap camtu
apatah lagi sial, betina sundal, biawak komodo dan lain-lain yang sekapal.

aku update juga. merepek juga dalam wall aku sendiri
belum lagi membabikan orang terus kepada wall orang tu ataupun wall sendiri.
aku respek jugak la kadang2
kau memang berani post macam tu kt orang lain.
aku pulak tak.
 tapi kau rasa kau bagus ke?

 aku ingat fb mmg da berjaya la.
melagakan manusia yang suka berlaga.
x senang duduk kalau x cari pasal.
sampai bebila kau takkan bahagia

yang mana gunakan medium tu dengan baik. maka baiklah.
bukan setakat baik.
malah banyak manfaat.
 dengarnya dapat pahala.

Allahualam.





Tuesday, 27 November 2012

Kembali Terjalin

Masih ingahkah anda pada entri entri sedih pada bulan April yang lalu?=_="

Its mean a lot to me. Lalu aku titip kan pada kalian. Untuk meluahkan apa yang aku rasa. Hampa kesal dan amarah. Semua nya ada di benak. Pelbagai perasaan wujud ketika itu. Down. Down. Down.

Anyway it was my PAST TIME! aku ulangi. it was my past time!


NOW

KEMBALI TERJALIN (macam lagu zamani kan?? nyanyi time karaoke memang sgt merdu suaraku =D

Keadaan kembali seperti sediakala. Malah. Bertambah baik dan aku bakal menjadi a part of his life soon.

MACAM TAK PERCAYA. berpisah dan kembali terjalin.

Semudah itu aku maafkan. Kerana apa? Kerana cinta. Betul la apa yang orang selalu kata. Cinta seorang perempuan itu terlalu mendalam sampaikan kesalahan yang besar dapat di maafkan asalkan betul betul ikhlas.

Mujur, aku seorang yang mudah memaafkan dan melupakan seterusnya berfikir kehadapan. Aku anggap semuanya ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah... Lebih tenang dan kegembiraan aku berganda-ganda sekarang ini.

Kronologi Cinta

Bulan Ramadhan yang lalu cinta aku dan dia berputik kembali. Setelah 4 bulan kami berpisah tanpa sebarang berita dan juga atas kekecewaan yang begitu menusuk ke jantung hati aku ni... Aku dan dia membawa diri. (eh perlu ke dia membawa diri) sedangkaaaannn eh jangan ungkit ungkit ye..... =D hehe. Hati aku semakin terubat dek masa yang berlalu. Tak nak terlalu memikirkan dan mahu lebih positif dalam kehidupan.
Akhirnya, satu panggilan telefon merubah segalanya. Aku dan dia berbual seperti biasa. Panas jugak la telinga aku ni bergayut lama-lama. Dan masing-masing sedar, aku dan dia memang serasi bersama. Dia meminta aku kembali kepadanya. :))))) senyum banyak2 sampai ke telinga.

Kata-kata jawapan masih belum aku putuskan. Lebih berhati-hati dalam menerima cinta kali ini.
Pandangan keluarga , pandangan kawan-kawan terdekat, juga pandangan dari seorang ahli keluarganya aku hitung kira kan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tak berapa suka pon nak makan pisang. hehe dan aku yakin dengan jawapan aku. YE PASTI

SEMINGGU berlalu. Tidak aku biarkan dia menunggu lama. Sedang hati membuak2 ingin memberitahu bahawasanya aku setuju untuk aku dan dia kembali bersama. :) Sempat aku menguji dan menyatakan bahawa aku tidak mahu kembali. Dia hampa. :'(
(mak aiiiii jiwang gila...ada bakat tulis novel cinta... argh! shut up u. hehehe ) 
Bulan baik aku harapkan berganda hikmahnya. So. aku cakap la. ACAH je. :))))))

Ramadhan berakhir.

Syawal bermula.

Seminggu Raya family si dia datang merisik.

Hubungan semakin erat. Mula mengenali ahli keluarganya.

^_^

Minggu depan aku dan dia akan bertunang. 1/12/2012

Ikatan ini aku harapkan berkekalan. Aku cuma mengharapkan dan mohon yang terbaik.

Doakan ye kawan-kawan.





With love
EL







Saturday, 14 July 2012

Magic Sponge Curler

Hye Darlings! Meet again!

Today, i would like to share with all of u about MAGIC SPONGE CURLER!

WOWW!! Magic kee???? of course magic. hehe... kalau tak, tak ingin nak share pon. Wakaka

For sure, ramai yang TAK tau pasal benda ni. SERIOUS! 

For those yang memang nak sesangat mendapatkan rambut yang super duper gorgeous haruslah mengcurlykan rambutnya! hahaha.... y im saying dat?? well, itu falsafah i. Pendapat korang i tak tahu lah kan. Tehee...

OK. shhhh.. Lets check it out!

TARAAAA!!!





inilah dia MAGIC SPONGE CURLER tu! 
Sebenarnya nama dia bukan magic sponge curler pun kalau google nama dia just Sponge Hair Curler.

Iols beli benda ni di Magic Boo di Bandar Tun Razak. Magic Boo ni menjual banyak benda berkaitan kecantikan wanita terutamanya barang-barang untuk saloon lah. Tapi boleh gak kalau nak beli satu barang macam iols beli ni. Kalau di teliti memang tak nampak sangat kedai ni. Sebab tersorok sikit. Alah.. tapak pasar malam jumaat tu. Berdekatan dengan HUKM. Sebenarnya iols da lama cari benda ni. So far google semuanya kena beli on9. Huhu. Thats why iolsss tangguh-tangguh nak beli.

 Nak jadikan cerita, kebetulan tadi iols nak pegi tukar Hair Dryer iols yg jahanam walaupun baru sehari guna tu. (Nasib baik ada warranty) Iols ternampak benda ni. Wah!! Sukanya hati iolssss.. Terus grab dua pack. Murah sangat-sangat murah! RM 9.90 je dek nooonnn... 1 pack ada 6 sponge rollers. Ok la tu. Beli dua sebab rambut iols ni panjang n tebal. huh!  Kang beli satu tak cukup. Nasib baik iols dah try ngam-ngam. Lega hati.. 


HOWS IT WORK




First sekali i letak SERUM rambut ni dulu. Protection. Hehe

Ok. Lepas tu i letak benda ni. Ini  untuk curly hair. N effect soft n x kejung la rambut tu. 

NEXT! i letak TASTE foam ni. A lil bit. Untuk dapatkan effect curl yg lebih. Ecey.... ;p


LASTLY! ni la rupa MAGIC SPONGE CURLER tu. comelicous!! KAN??!! hehe
TESTING2! Senang je nak apply ni. 

Ibarat menanam buah lemon di kepala ku. Kah kah... 

Im bloww my hair a lil bit. Sikit je. And temperature pon x tinggi.

 ONLY ONE HOURS LATER! Setelah aku tertidur kepenatan. Maklumlah baru balik keje. Muka minyak tu uolsss...

WO WO WO! Unexpected! Its only took for one hour baby!

BLURR PIC. HUH! ~_~"

Seperti yang kita tahu, pengunaan alat2 yang panas ke atas rambut kita akan merosakkan rambut kita. 
Plus, nak pegi saloon untuk buat thong pun mengambil masa yang sangat lama. LETIH KAN?? Sometime kita xde masa nak pergi pon. Hehe...Oleh itu, iolsss happy dapat share ngan korang semua. hehe... 

Ok la selamat mencuba ye! Sharing is caring!
 

Saturday, 14 April 2012

Mendung

Hello Darling.

 Tajuk entry berkait dengan cuaca kt luar. Takde kena mengena dengan apa yang aku nak tulis. :)

Pagi-pagi lagi aku dah shoot ke Worldwide Bussiness Park kt Shah Alam, Seingat aku, aku tidur sejam je malam tu. Dengan keadaan mengantuk aku gagahkan diri jugak. Sebab aku tak nak biarkan masa aku kosong tanpa di isi dengan sebarang aktiviti. Dalam perjalanan banyak lagu-lagu yang memberi perangsang  dan kekuatan pada aku. Ohh sukanya! Berjoget-joget aku sambil drive. Dalam hati terdetik! Ah! alangkah indahnya perasaan ini. Terasa tersuntik semangat aku kembali. 

Aku nak ucap jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang banyak memberi kata-kata semangat pada aku. Wahhh... aku terasa sangat di hargai. Terima kasih u olsssss! Dari jam 2 pagi sampai lah 6 pagi masih ada yang sudi call tanya kan keadaan aku. Aku terharu weyh! Betul. Aku masih punya kawan-kawan.

Setelah aku tahu yang punca perpisahan kami adalah kerana beliau ada perempuan lain. Aku terkilan, terkedu dan terhina sekali ye kawan-kawan. Aku masih lagi tenang dan boleh menerimanya. Sebab bukan sifat aku nak mengamuk tak tentu pasal. Aku punya aura positif dalam diri aku sendiri yang aku boleh seimbangkan dengan keadaan dan emosi aku. gitewwwww... kau ada?? heee

Tapi.....aku takkan berdendam walaupun tiada sebarang ungkapan maaf aku terima darinya. Aku serahkan pada Tuhan. Well, aku sangat salute pada insan-insan yang teraniaya macam aku dan dapat survive dengan jayanya dalam hidup mereka. Betul aku respect.

Dan di kala ini, terasa berdosa pada insan-insan yang pernah aku sakiti. Walaupun niat aku pergi untuk bersendiri, tetap susah untuk terima. Terasa kejamnya lah diri aku ini. Sekarang aku akan belajar. Belajar untuk menghargai. Aku akui, aku memilih. Tapi memilih dari segi ape? haaaa.. aku je yang tau. Bukan sebab harta atau rupa ye.:p

Herm.. aku da bangun da. Bangun dari mimpi-mimpi dan khayalan aku. 


heeem

jangan la menyampah baca kisah-kisah sedih aku ni 

haha.. sesungguhnya aku tak berniat.

bye!
 


Sunday, 8 April 2012

Tiada Daya Selamanya











Lara Lagi 

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

Rindu.. Aku masih punya harapan yang tinggi menggunung. 
 
Aku
 
akan 
 
setia 
 
menunggu...
 
:'( 
 
i cant live without u...
 

 
 
 
 

Friday, 6 April 2012

Takdir Penentu Segala


Break off. yeah. its end. 


WHAT????  =) Its true...... sighh.. (aku mengeluh ni. dengar tak? )

Cerita cinta aku dengan si dia telah berakhir. Mungkin ada yang bertepuk tangan gembira di atas kesedihan aku ini, tidak kurang juga ada yang bersimpati. Pada yang bergembira clap ur hands guys... Are you happy now???. Abselutely! Ouh Thanks guyssss.... Anda tak pernah berubah.


Well, sepertinya aku ini seorang yang tidak bernasib baik di dalam hal-hal berkaitan percintaan. Semuanya mungkin berpunca daripada aku sendiri, aku terlalu mendambakan kesempurnaan pada percintaan aku yg terdahulu ataupun berpunca dari pelbagai punca. hah... faham?? Bila sesuatu tidak memuaskan hati aku, pasti aku mengkritik, memberontak dan marah. Tapi tidak pernah ku hamburkan melalui perkataan, sebaliknya perbuatan. Aku lebih bergembira bersama teman-teman berbanding si dia. Argh! kejamnya aku. Tapi itu dulu...........

"
"
"
"
"
"
 "
"
Hem, tapi berbeza dengan kisah percintaan aku yang baru berakhir ini, dengan dia, aku lebih menjaga gerak geri aku, yeeee aku ikhlas. Ikhlas sangat-sangat. Aku berusaha menjaga hubungan ini. Aku tatang bagai minyak yang penuh. Tapi... Aku tak mampu nak pertahankan sebab siapa lah aku nak memaksa kalau dia dah buat keputusan untuk bersendiri.

Sesiapapun pasti akan merasa sedih kalau harapan hanya tinggal harapan. Begitu juga aku. Aku pasti rindu dia, aku  juga sangat senang bersama orang-orang di sekeliling dia. Aku rasa senang tengok kebahagian kawan-kawan  baik dia. Zack dan Hani, Ayed dan Alice, Ateng dan Een, Riz dan errr tak pasti, Aku ingat aku dapat jadi sebahagian dari korang. Tapi tak kesampaian. :'(  

Erm... 

Sedih + Marah + Kecewa, Semua bercampur menjadi satu. But life must go on. 

Aku yakin ada hikmah di sebaliknya. Aku serahkan urusan jodoh ku pada Tuhan selepas ini. 


Aku sedar. Aku tak sempurna. Malah terlalu banyak kekurangan.
"
"
"
"
"
 Tapi aku janji akan menyempurnakan hidup orang lain dengan segala apa yang aku ada.

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah kau beri.
Sekurang-kurangnya aku telah merasai kebahagiaan yang telah kau beri walaupun hanya sebentar cuma. 
Jadikan lah aku seorang hamba yang tahu bersyukur. Aminnnn


Sad Love Quotes


Just because you know someone would wait for you forever doesn't mean you can let them wait that long.

Every heart has a pain. Only the way of expressing it is different. Fools hide it in eyes, while the brilliant hide it in their smile.
 It's hard to take a role in someone's life when you're not even part of the script.






If a man wants you, nothing can keep him away. If he doesn't want you, nothing can make him stay. Nothing.......
...
...
...
...
..
.

Sudah Cukup Sudah- Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu


Bye

Wednesday, 4 April 2012

Hurt


 Ayu Shita - Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
~ ~ ~

Di saat aku mendengar bait-bait lirik lagu ini.  
Hatiku tersentuh. 
Seakan mempunyai makna yang mendalam.


isk isk....  

Sedih. Hampa. Kecewa.



You do not care about my any word and I consider you my world. Yes I am.